Ayuh jadi orang yang berakal menurut Rasulullah saw

Ahad, 29 Ogos 2010

Assalamu'alaikum wbt...

Apa yang saya nak berkongsi pada kali ini adalah bagaimanakah yang dikatakan berakal menurut Rasulullah saw. Ramai dikalangan manusia menyangka bahawa bila mana mereka telah pun mendapat segulung ijazah atau mana-mana sijil dan pengiktirafan, maka beliau telah pun menjadi orang yang berakal dan cerdik.

Sayangnya, neraca pengukuran tersebut (ijazah mahupun sijil) bagi saya bukanlah necara pengukuran seseorang untuk menganggap seseorang tersebut benar2 berakal. Pengukuran kepada orang yang berakal bukanlah terletak pada banyak ilmu yang dimiliki tetapi ianya bergantung kepada 2 perkara yang disebut oleh Rasulullah saw. Betapa ramai orang yang mendapat PhD tetapi mereka tetap tidak berakal apabila tidak dipadukan dengan ajaran agama dan petunjuk Islam.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Orang yang berakal adalah orang sentiasa memuhasabah dirinya, dan beramal untuk sesudah daripada mati. Manakala orang yang lemah adalah orang yang menurut hawa nafsunya dan dalam masa yang sama mengharapkan pengampunan daripada Allah."
(Diriwayatkan oleh Tirmizi : Hasan)

Ya, para pembaca sekalian. Ayuh kita memuhasabah diri dan beramal untuk kehidupan sesudah daripada mati. Sekian..

Hanyalah pandangan dari hamba yang dhoif...

0 ulasan:

Catat Ulasan